Friday, July 2, 2010

Klinik & Demonstrasi KickStart di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau – 22 Mac 2010


Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah didedahkan dengan pengetahuan keselamatan diri oleh KickStart Academy pada 22 Mac 2010 yang lalu.


Para pelajar diajar tentang bagaimana menangani ancaman serta menyelamatkan diri. Seramai 5 orang ‘KickStart Trainers’ yang hadir ke program tersebut bersama Master Saiful. Sesi ceramah yang dikendalikan oleh Master Saiful selama 2 jam itu telah membuka minda anak-anak yang hadir.

Para pelajar yang hadir begitu teruja dengan demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih seperti demonstrasi menyelamatkan diri dari serangan ragut, rogol, buli, dan culik berdasarkan keadaan realiti.

Para pelajar juga telah diajar dengan beberapa teknik dan taktik yang berkesan untuk berhadapan dengan ancaman penjenayah.


Teknik seperti mencubit, menggigit, memijak kaki, meronta, mencakar dan mencengkam menggunakan kuku, serta menarik rambut adalah teknik dan taktik paling mudah yang diajar kepada para pelajar.

Para pelajar juga diajar mengenai “Right & Wrong Touch” iaitu sentuhan-sentuhan yang boleh atau salah yang dilakukan oleh orang lain kepada kita.


Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan pengetahuan bagaimana meminta tolong dan menarik perhatian orang ramai semasa berhadapan dengan ancaman.


Seperti yang kita tahu, perkataan “Tolong! Tolong!” adalah yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk meminta bantuan.


Tetapi, ‘KickStart Academy’ mempunyai taktik yang lebih berkesan dengan menggunakan perkataan “Api! Api!” atau “Polis! Polis!” sebagai cara untuk menarik perhatian orang ramai.



Selepas 2 jam kanak-kanak ini diberi pendedahan mengenai keselamatan diri, mereka mampu mengaplikasikan teknik dan taktik yang diajar kepada mereka.

Alhamdulillah, sekali lagi misi KickStart Academy untuk membuka minda masyarakat berjaya!


Terima Kasih Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau kerana kerjasama yang anda tunjukkan bersama KickStart Academy!

1 comments:

Nur Hadhina Hafiez Shah said...

kickstart datanglah lagi ke sekolah kami!

Post a Comment