Tuesday, July 13, 2010

5 Julai 2010 - Lagi Bengkel Selamatkan Diri Anda 'SeDiA' bersama JPW Johor



5 Julai 2010 (Isnin), Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor telah memberi kepercayaan kepada The Green Hornet & Akademi KickStart untuk mengendalikan Bengkel Selamatkan Diri Anda - SeDiA peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Bengkel setengah hari ini telah berjaya menarik minat seramai 269 peserta wanita, pelajar sekolah serta peserta lelaki yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.



Master Saiful sendiri telah hadir mengendalikan bengkel yang 70% berbentuk latihan praktikal. Bengkel ini telah mendapat kerjasama HELWA Batu Pahat & Pejabat Daerah Batu Pahat. Pihak kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosmawati selaku Pengarah JPW Johor, Puan Mawar, Pengerusi HELWA Batu Pahat, Pegawai Daerah Batu Pahat, para peserta & semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.


 

Kami berharap, bengkel ini dapat memberi banyak faedah & tips berguna kepada hadirin. Semoga ilmu ini dapat dikongsikan dengan ahli keluarga, kejiranan serta masyarakat setempat. Kami rasa amat berbesar hati di atas penerimaan dan kesungguhan ingin belajar yang telah ditunjukkan oleh para peserta semasa bengkel berlangsung. Walaupun masa yang agak singkat, namun kami percaya para peserta dapat memahami apa yang patut dan perlu dilakukan jika sekiranya ingin mengelak atau selamatkan diri bila berhadapan dengan masalah jenayah dan keganasan.

SYABAS SEMUA YANG TERLIBAT!!!

Sekitar Bengkel SeDiA JPW Johor
Jabatan Pembangunan Wanita

0 comments:

Post a Comment