Thursday, July 29, 2010

Klinik & Demo di Tadika Kautsar Desa Coalfields, Sg. Buloh

KickStart Academy (KSA) telah mengadakan klinik keselamatan diri pada anak-anak di Tadika Kautsar Desa Coalfileds. Selain itu, klinik tersebut juga dihadiri ibu bapa kanak-kanak tadika tersebut sempena hari sukaneka tadika tersebut.


KSA telah berjaya berkongsi ilmu dengan anak-anak Tadika Kautsar tentang bagaimana mengelak diri dari menjadi mangsa culik dan buli.


Anak-anak juga telah diajar teknik, taktik serta tips mudah serta praktikal seperti mencubit, menggigit, mencakar dan bagaimana untuk meminta bantuan & perhatian melalui jeritan.












KSA juga berpeluang mendidik ibu bapa kanak-kanak Tadika Kautsar tentang bagaimana mengelak ancaman rogol, culik, ragut, rompak serta gangguan seksual dan bagaimana menyelamatkan pihak ketiga (Saving Third Party).







Kami juga telah berkongsi tips-tips mudah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa demi keselamatan anak-anak dan keluarga.

Alhamdulillah, sekali lagi kami di KickStart Academy berjaya berkongsi ilmu dengan masyarakat sesuai matlamat kami untuk mencuba mengurangkan kadar jenayah di negara kita!

Syabas juga kami ucapkan kepada para peserta (anak-anak serta ibu bapa di Tadika Kautsar Desa Coalfileds)

dan juga terima kasih kepada Tadika Kautsar Desa Coalfileds kerana menjemput KSA!

p/s: Syabas kepada para trainers KSA kerana menjayakan program tersebut.

0 comments:

Post a Comment