Showing posts with label workshop. Show all posts
Showing posts with label workshop. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

5 Julai 2010 - Lagi Bengkel Selamatkan Diri Anda 'SeDiA' bersama JPW Johor



5 Julai 2010 (Isnin), Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor telah memberi kepercayaan kepada The Green Hornet & Akademi KickStart untuk mengendalikan Bengkel Selamatkan Diri Anda - SeDiA peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Bengkel setengah hari ini telah berjaya menarik minat seramai 269 peserta wanita, pelajar sekolah serta peserta lelaki yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.



Master Saiful sendiri telah hadir mengendalikan bengkel yang 70% berbentuk latihan praktikal. Bengkel ini telah mendapat kerjasama HELWA Batu Pahat & Pejabat Daerah Batu Pahat. Pihak kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rosmawati selaku Pengarah JPW Johor, Puan Mawar, Pengerusi HELWA Batu Pahat, Pegawai Daerah Batu Pahat, para peserta & semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.


 

Kami berharap, bengkel ini dapat memberi banyak faedah & tips berguna kepada hadirin. Semoga ilmu ini dapat dikongsikan dengan ahli keluarga, kejiranan serta masyarakat setempat. Kami rasa amat berbesar hati di atas penerimaan dan kesungguhan ingin belajar yang telah ditunjukkan oleh para peserta semasa bengkel berlangsung. Walaupun masa yang agak singkat, namun kami percaya para peserta dapat memahami apa yang patut dan perlu dilakukan jika sekiranya ingin mengelak atau selamatkan diri bila berhadapan dengan masalah jenayah dan keganasan.

SYABAS SEMUA YANG TERLIBAT!!!

Sekitar Bengkel SeDiA JPW Johor
Jabatan Pembangunan Wanita

Tuesday, July 6, 2010

Bengkel Keselamatan & Pertahanan Diri 'Bina & Bela Diri Wanita' Perpustakaan Negara Malaysia



1 Julai 2010, Perpustakaan Negara telah mengadakan bengkel 2 jam 'Bina & Bela Diri Wanita' di audiotorium PNM. Seramai 300 peserta menghadiri bengkel ini. Penasihat Akademi KickStart, Master Saiful hadir sebagai penceramah jemputan. Harapan kami agar bengkel ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada Tuan Haji Rosham, Encik Razman serta semua kakitangan Jabatan Sumber Manusia Perpustakaan Negara Malaysia yang telah memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu yang penting ini. Syabas kepada peserta yang terlibat & yang penting kita harus mengutamakan keselamatan diri & keluarga tercinta. Elak jenayah!! Jangan jadi mangsa!!! Gunakan kebijaksanaan anda. Pasti selamat.

Friday, July 2, 2010

Bengkel SeDiA - Bersama JPW Penang 29 Jun 2010

Bertempat di Safira Country Club, Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang sekali lagi Akademi KickStart diberi peluang mengendalikan Bengkel Sehari 'Selamatkan Diri Anda'. Kali ini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pulau Pinang pula yang memberi kepercayaan tersebut. Seramai 140 orang peserta wanita dan lelaki hadir. Bengkel telah dikendalikan oleh Master Saiful dan dibantu oleh 5 trainer yang datang terus dari program 'SeDiA' bersama JPW Terenganu yang telah diadakan pada hari sebelumnya 28 Jun 2010.




Kami berasa puas dan seronok kerana dapat menyampaikan ilmu kesedaran, psikologi, mengelak dan menyelamatkan diri kepada peserta yang hadir. Semua sporting bila diminta untuk melakukan teknik dan taktik selamatkan diri. SYABAS! Semua peserta, Pengarah JPW Penang serta kakitangan PPWN Penang dan trainer KickStart yang terlibat. Adalah menjadi harapan kami, agar para peserta dapat mengamalkan kehidupan yang sentiasa selamat. Pengalaman mengajar peserta sepanjang berlangsungnya bengkel ini adalah satu kepuasan kepada kami di Akademi KickStart.

Lagi Program Terbaru Kami di Kuala Terengganu bersama PPWN Terengganu




Kami baru sahaja mengadakan program di Kuala Terengganu bersama PPWN Terengganu dalam Bengkel Selamatkan Diri Anda (SeDiA) bertempat di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, Terengganu pada 28 Jun 2010.

Program yang dihadiri seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada golongan wanita, pelajar sekolah dan kakitangan awam.

KickStart Academy ingin mengucapkan ribuan tahniah & terima kasih kepada Pengarah, Pn. Hajah Norrani & semua staff PPWN Terengganu kerana menghadiri, serta mengambil bahagian di dalam sesi kami, KickStart Academy. Syabas!

Anda boleh merujuk ke 2 link di bawah untuk foto-foto sepanjang program kami di PPWN Terengganu!

KickStart Academy Facebook - SeDiA JPW Terengganu

Link Program di PPWN Terengganu

Thursday, June 17, 2010

JPW WP Kuala Lumpur & Putrajaya - BENGKEL KESELAMATAN & PERTAHANAN DIRI ‘WHY ME?? KENAPA SAYA!! MANGSA…’

Jabatan Pembangunan Wanita W.P Kuala Lumpur & Putrajaya telah menganjurkan bengkel keselamatan & pertahanan diri dari jam 8.30 pagi hingga jam 5 petang pada 27hb. Mac 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Akademi KickStart telah mengendalikan bengkel ini yang menggunakan modul 'Why Me?? Kenapa Saya!! Mangsa.....'. Ia telah dihadiri oleh 
100 peserta wanita.


Modul ini berjaya membuka minda peserta di dalam isu keselamatan diri bila peserta diberi peluang terlibat secara 'role play' dengan bertindak bijak berhadapan ancaman keganasan, kekerasan & jenayah. Majoriti peserta memahami isu keselamatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri bukannya bergantung kepada pihak lain. Bengkel ini telah berjaya mendidik peserta cara mudah menyelamatkan diri 'survival' dengan lebih menyeluruh & berkesan. Buletin TV3 telah hadir membuat liputan semasa bengkel ini berlangsung & telah disiarkan pada slot Buletin Utama malam tersebut. TAHNIAH JPW W.P KL & Putrajaya.

Wednesday, June 16, 2010

Lagi Program bersama JPW, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan & Masyarakat


Akademi KickStart telah dijemput pada 25 November 2009 untuk menjayakan program Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap WANITA di Sunway Convention Center Kuala Lumpur.

Perunding Keselamatan & Pertahanan Diri kami, Master Saiful Hamiruzzaman telah menyampaikan ceramah dan demonstrasi taktik menyelamatkan diri - berhadapan keganasan, kekerasan dan ancaman jenayah terutama terhadap wanita.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak kerajaan, NGO serta dif-dif jemputan daripada luar negara. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di mana sebahagian besar jemputan merasakan segmen dari Akademi KickStart terlalu singkat di mana mereka berharap dapat lebih menimba ilmu dengan mendalam. Harapan para jemputan pada majlis tersebut, agar program atau bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Di sini, kami link kan foto-foto daripada JPW sekitar majlis tersebut berlangsung.

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2009

Bengkel SeDiA - Selamatkan Diri Anda


Akademi KickStart dan The Green Hornet telah dijemput oleh JPW/Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan pada 15 Jun 2010 sebagai penceramah Modul 2 Selamatkan Diri Anda 'SeDiA'. Program ini telah dihadiri oleh golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak.



Para peserta dan mereka yang hadir begitu teruja dan berjaya diubah minda mereka mengenai keselamatan diri mereka terutama wanita. Syabas pada mereka yang hadir!

Sekitar Bengkel SeDiA oleh PPWNS

Thursday, November 19, 2009

December '09 Children Safety Workshop

Hi, it has been awhile since i've last updated the blog. Apologies for that since we've been super busy :-). I would like to announce that we will be having a children workshop this coming school holiday on 19th December 2009





Would love to see you kids in the workshop, however seats are limited to 30 seats for a session so hurry!! :-)

Friday, August 7, 2009

Personal Safety Workshop - FREE




We see daily crime reports that sends shivers to your bones. WHAT IF it were to happen to you or any of your love ones? What can we do about it, to prevent or if there if no choice but to face the assailants...what can we do? Yes there is always something that we can do to minimise the damage if not escape with zero loss and injury. You will have to know how to react smart!! This is your chance to experience for yourself what we are talking about. The session is open to all...adults and children (5 years old above).

Thursday, July 9, 2009

NEXT! Free Session for Ladies




As part of sharing the knowledge with the society, we a offering a free session for ladies ONLY! The men will have to wait for your turn if there should be any. Don't miss this opportunity as we don't organize them often.

Friday, June 19, 2009

Program for the family - 27 June 2009

Our next event will be a workshop for the whole family. It will be a one day event and will be useful for everyone in the family regardless of age (not babies and toddlers of course) but grand parents can join as well. It will be an 80% practical session and 20% theory. Expect to sweat a lot and have lots of adrenaline rush, especially during the simulation segment. Come and join us to learn and experience something new. You may never know when you will need it! It is not martial arts (if that's what you are thinking). KickStart is an intelligent format in self defence that anyone, men and women, child and adult, can learn and use when in need.