Monday, January 30, 2012

KickStart Streetwise Self Defense - KickStart Academy 2012

Thursday, January 26, 2012

KickStart Academy di Karnival Belia Kreatif 2012 Bukit Jalil anjuran Kementerian Belia & Sukan

Jom ramai-ramai join bengkel inovasi & kreatif KickStart yang akan diadakan pada 23-25 Mac 2012 sempena KBK2012 di Bukit Jalil. Sebanyak 6 sesi demonstrasi & ceramah cegah! elak!! & selamatkan diri!!! akan dijalankan di pentas utama sepanjang 3 hari karnival berlangsung. KickStart Academy juga akan mengadakan booth pameran & bengkel mini kepada semua pengunjung. Dapatkan tips mudah & belajar cara mudah selamatkan diri oleh trainer-trainer KickStart Academy.
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Marilah datang beramai-ramai memeriahkan acara ini!! Dijangka seramai 200,000 belia & remaja seluruh negara hadir pada karnival kali ini.
To all KickStart fans, KickStart Academy will be participating in the Karnival Belia Kreatif 2012 Bukit Jalil. We will be having lots of activities, booth, workshops and goodies to give away. 
BE SAFE ALWAYS!!!

http://www.facebook.com/pages/KickStart-Academy/

Monday, November 15, 2010

KickStart Academy on MHI -09/04/2010

This video is taken from Malaysia Hari Ini on TV3 where our Personal Safety Consultant, Master Saiful Hamiruzzaman talked on "Survival Jenayah".

Get the tips and tricks of Survival from Master Saiful in the video and the demo.



Friday, October 22, 2010

Children Personal Safety Enrichment Camp Series 8/2010

Monday, September 20, 2010

Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 21 September 2010 (halaman 10, ADAP) Bengkel MY Child Safety Program 'Keeping Me Safe'


Syabas semua kanak-kanak serta guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Puay Chai 2 Bandar Utama, Petaling Jaya yang menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Akademi KickStart. Seramai 2000 pelajar terlibat yang terbahagi kepada sesi pagi dan petang. 

Bengkel yang memberi penekanan kepada konsep KESEDARAN (AWARENESS), MENCEGAH (PREVENTION), MENGELAK (AVOIDING) dan SURVIVAL BERTINDAK BIJAK (REACT SMART IN A DANGEROUS SITUATION) telah disampaikan oleh Penasihat Akademi KickStart dan The Green Hornet Sdn. Bhd. Master Saiful. Beliau dibantu oleh 8 orang pembantu jurulatih.

Harapan kami, agar program ini dapat membantu kanak-kanak di dalam mempraktik amalan keselamatan diri mereka seharian. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada AXA AFFIN Insurance sebagai penganjur dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada kami untuk berkongsi 1 ilmu yang amat penting ini.

BE SAFE AT ALL TIMES

Thursday, September 9, 2010

~ Salam Lebaran ~


Selamat Hari Raya Aidilfitri!




Seluruh warga KickStart Academy (KSA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh Muslimin & Muslimat yang akan menyambut Aidilfitri pada esok hari bersamaan 10 September 2010.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan anda semua supaya menjaga keselamatan diri & keluarga serta harta benda ketika musim perayaan ini. Pastikan rumah yang ditinggalkan selamat dan jangan lupa untuk mengambil langkah-langkah pencegahan jenayah sepanjang musim perayaan ini.

Akhir sekali, ikhlas dari kami di KSA & The Green Hornet Sdn. Bhd. ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, tercanggung laku serta terlebih cara.

Minal Aidil Wal Faizin.....


"SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT MEMANDU! INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"


Monday, August 9, 2010

Blessing Ramadan