Showing posts with label demo and clinic. Show all posts
Showing posts with label demo and clinic. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Klinik & Demonstrasi KickStart di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau – 22 Mac 2010


Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah didedahkan dengan pengetahuan keselamatan diri oleh KickStart Academy pada 22 Mac 2010 yang lalu.


Para pelajar diajar tentang bagaimana menangani ancaman serta menyelamatkan diri. Seramai 5 orang ‘KickStart Trainers’ yang hadir ke program tersebut bersama Master Saiful. Sesi ceramah yang dikendalikan oleh Master Saiful selama 2 jam itu telah membuka minda anak-anak yang hadir.

Para pelajar yang hadir begitu teruja dengan demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih seperti demonstrasi menyelamatkan diri dari serangan ragut, rogol, buli, dan culik berdasarkan keadaan realiti.

Para pelajar juga telah diajar dengan beberapa teknik dan taktik yang berkesan untuk berhadapan dengan ancaman penjenayah.


Teknik seperti mencubit, menggigit, memijak kaki, meronta, mencakar dan mencengkam menggunakan kuku, serta menarik rambut adalah teknik dan taktik paling mudah yang diajar kepada para pelajar.

Para pelajar juga diajar mengenai “Right & Wrong Touch” iaitu sentuhan-sentuhan yang boleh atau salah yang dilakukan oleh orang lain kepada kita.


Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan pengetahuan bagaimana meminta tolong dan menarik perhatian orang ramai semasa berhadapan dengan ancaman.


Seperti yang kita tahu, perkataan “Tolong! Tolong!” adalah yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk meminta bantuan.


Tetapi, ‘KickStart Academy’ mempunyai taktik yang lebih berkesan dengan menggunakan perkataan “Api! Api!” atau “Polis! Polis!” sebagai cara untuk menarik perhatian orang ramai.



Selepas 2 jam kanak-kanak ini diberi pendedahan mengenai keselamatan diri, mereka mampu mengaplikasikan teknik dan taktik yang diajar kepada mereka.

Alhamdulillah, sekali lagi misi KickStart Academy untuk membuka minda masyarakat berjaya!


Terima Kasih Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau kerana kerjasama yang anda tunjukkan bersama KickStart Academy!

Thursday, July 1, 2010

Demo & Klinik KickStart di Gempak Astro Rockabola Batu Pahat - "Keselamatan Kanak-Kanak" UPDATE

Thank you to the event organizers for inviting us! We showed Kids Personal Safety Demo of 5 possible scenarios

SCENE 1: SNATCH ATTEMPT WITH LITTLE BROTHER ALONG



SCENE 2: CHILD KIDNAPPING ATTEMPT

SCENE 3: BULLY




SCENE 4: MUGGING ATTEMPT


SCENE 5: RAPE ATTEMPT




SCENE 6: GROUP BULLY


Good job team!! We had fun and hope those who watched our demo picked up a thing or two.
Kids, be safe always!!

Friday, June 18, 2010

Demonstrasi & Klinik Pertahanan Diri di Mall Tropicana City, 4hb. April 2010


Akademi KickStart telah mengendalikan Demonstrasi & Klinik Selamatkan Diri di Mall Tropicana City pada 4hb. April 2010. Klinik ini juga disertai oleh Pasukan Seni Mempertahankan Diri dari Crush Mixed Martial Arts yang terdiri dari Aikido, Jeet Kune Do & Copoeira.


Slot demo & klinik KickStart telah diberi liputan oleh TV9. Klinik pertahanan diri yang dikendalikan Team KickStart telah berjaya mendedahkan cara-cara mudah 'common sense' menyelamatkan diri. Beberapa siri demo 'survival self defense' berkenaan kes jenayah jalanan dan keganasan seperti cubaan culik kanak-kanak, keganasan rumahtangga, cubaan cabul & rogol, ragut, serangan berkumpulan dan dendam dipersembahkan kepada pengunjung mall.





En. Azreein selaku Pengurus Akademi KickStart telah bertindak sebagai moderator klinik. Pihak Akademi mengucapkan ribuan terima kasih & setinggi penghargaan kepada Mall Tropicana City, Crush Mixed Martial Arts, TV9 dan semua krew KickStart yang menjayakan klinik ini. TAHNIAH!

Wednesday, June 16, 2010

Demonstrasi Selamatkan Diri Dari Ancaman Keganasan & Jenayah Jalanan Anjuran Jabatan Penerangan WP


Pada 12 Jun 2010, Akademi KickStart telah mengadakan demonstrasi mengelak ancaman jenayah di Taman Tasik Datuk Keramat sempena Program Sepakat BESTARI 1 Malaysia. Pembantu jurulatih dari akademi telah menunjukkan cara mudah elak dan selamatkan diri bila berhadapan jenayah ragut, cubaan cabul dan rogol, cubaan culik, serangan berkumpulan (gangsterisme) dan keganasan rumahtangga.






Saudara Azreein Aziz selaku penceramah pada sesi tersebut telah berjaya mengendalikan dan membuka minda para hadirin bertapa pentingnya ilmu selamatkan diri. Beliau juga menekankan keselamatan diri adalah tanggungjawap diri sendiri dan bukannya pihak lain. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan.