Friday, July 2, 2010

Bengkel SeDiA - Bersama JPW Penang 29 Jun 2010

Bertempat di Safira Country Club, Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang sekali lagi Akademi KickStart diberi peluang mengendalikan Bengkel Sehari 'Selamatkan Diri Anda'. Kali ini Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Pulau Pinang pula yang memberi kepercayaan tersebut. Seramai 140 orang peserta wanita dan lelaki hadir. Bengkel telah dikendalikan oleh Master Saiful dan dibantu oleh 5 trainer yang datang terus dari program 'SeDiA' bersama JPW Terenganu yang telah diadakan pada hari sebelumnya 28 Jun 2010.




Kami berasa puas dan seronok kerana dapat menyampaikan ilmu kesedaran, psikologi, mengelak dan menyelamatkan diri kepada peserta yang hadir. Semua sporting bila diminta untuk melakukan teknik dan taktik selamatkan diri. SYABAS! Semua peserta, Pengarah JPW Penang serta kakitangan PPWN Penang dan trainer KickStart yang terlibat. Adalah menjadi harapan kami, agar para peserta dapat mengamalkan kehidupan yang sentiasa selamat. Pengalaman mengajar peserta sepanjang berlangsungnya bengkel ini adalah satu kepuasan kepada kami di Akademi KickStart.

1 comments:

Hambali ® said...

Terima kasih semua atas ilmu dan kerjasama yang diberikan. Sampaikan salam pada Master. Dari JPW Penang

Post a Comment