Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

Monday, September 20, 2010

Keratan Akhbar Utusan Malaysia, 21 September 2010 (halaman 10, ADAP) Bengkel MY Child Safety Program 'Keeping Me Safe'


Syabas semua kanak-kanak serta guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Puay Chai 2 Bandar Utama, Petaling Jaya yang menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Akademi KickStart. Seramai 2000 pelajar terlibat yang terbahagi kepada sesi pagi dan petang. 

Bengkel yang memberi penekanan kepada konsep KESEDARAN (AWARENESS), MENCEGAH (PREVENTION), MENGELAK (AVOIDING) dan SURVIVAL BERTINDAK BIJAK (REACT SMART IN A DANGEROUS SITUATION) telah disampaikan oleh Penasihat Akademi KickStart dan The Green Hornet Sdn. Bhd. Master Saiful. Beliau dibantu oleh 8 orang pembantu jurulatih.

Harapan kami, agar program ini dapat membantu kanak-kanak di dalam mempraktik amalan keselamatan diri mereka seharian. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada AXA AFFIN Insurance sebagai penganjur dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada kami untuk berkongsi 1 ilmu yang amat penting ini.

BE SAFE AT ALL TIMES

Tuesday, July 13, 2010

Majalah Jelita Januari 2010





Pada 14 November 2009, bertempat di Hotel Putra Kuala Lumpur, The Green Hornet & Akademi KickStart telah diberi peluang mengendalikan Bengkel Sehari 'Selamatkan Diri Anda' - Persediaan Psikologi, Emosi & Fizikal mengelak Ancaman Keganasan & Jenayah.


 
Bengkel ini telah sekali lagi dianjurkan oleh PPWN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Seramai 95 peserta wanita terlibat menyertai bengkel ini. Sepanjang bengkel ini, peserta wanita didedahkan dengan persediaan diri dari aspek psikologi, emosi & protokol fizikal mengelak dari menjadi mangsa keganasan & jenayah. Ulasan & komen dari peserta serta pihak penganjur mengenai modul yang dikongsi bersama peserta amatlah memberangsangkan.


 
Pihak kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada peserta yang terlibat & pihak penganjur JPWKL & Putrajaya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada Majalah Jelita khususnya Cik Anees yang sudi hadir membuat liputan & menemuramah dengan peserta, Puan Rohani selaku Penolong Pengarah PPWN Wilayah Persekutuan & Penasihat kami Master Saiful.


 
Harapan kami di The Green Hornet & Akademi KickStart agar program berbentuk ilmu seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang. Pada pendapat kami, jika ilmu serta pendidikan pertahanan diri dapat disebarkan ke semua lapisan masyarakat, tidak kira gender & faktor usia, percayalah suatu hari nanti masalah keganasan & indeks jenayah dapat dikurangkan.


 
Kenapa???? Kerana masyarakat kita sudah berpengetahuan MENCEGAH, MENGELAK, MEMPERTAHANKAN & seterusnya MENYELAMATKAN DIRI dari menjadi mangsa.

Syabas!!! semua yang hadir.

Sinar Kuala Lumpur Nov 2009

KickStart Akademi telah diberi peluang untuk berkongsi ilmu bersama peserta-peserta undangan Pejabat Pembangunan Wanita Kuala Lumpur (JPWKL & Putrajaya). Artikel ini memberi ulasan yang lebih lanjut mengenai program tersebut iaitu Bagaimana Mengendalikan Keganasan Terhadap Wanita.

Kami di The Green Hornet & Akademi KickStart mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPWN Kuala Lumpur & Putrajaya kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu dengan peserta yang hadir.
Posted by Picasa

Monday, July 27, 2009

Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak




Tarikh: 25 Julai 2009
Tempat:
Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya
Majlis: Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak.
Penganjur:
Jabatan Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan & Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK), Parlimen Putrajaya.

Akademi KickStart telah dijemput bersama-sama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) ke seminar tersebut sebagai
penceramah untuk mendidik para peserta cara-cara bijak untuk menyelamatkan diri. Perunding kami, Master Saiful Hamiruzzaman telah ditemuramah oleh pihak Buletin Utama, TV3 (Footage 1:55 hingga 6:34)