Wednesday, June 16, 2010

Lagi Program bersama JPW, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan & Masyarakat


Akademi KickStart telah dijemput pada 25 November 2009 untuk menjayakan program Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap WANITA di Sunway Convention Center Kuala Lumpur.

Perunding Keselamatan & Pertahanan Diri kami, Master Saiful Hamiruzzaman telah menyampaikan ceramah dan demonstrasi taktik menyelamatkan diri - berhadapan keganasan, kekerasan dan ancaman jenayah terutama terhadap wanita.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak kerajaan, NGO serta dif-dif jemputan daripada luar negara. Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya di mana sebahagian besar jemputan merasakan segmen dari Akademi KickStart terlalu singkat di mana mereka berharap dapat lebih menimba ilmu dengan mendalam. Harapan para jemputan pada majlis tersebut, agar program atau bengkel seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Di sini, kami link kan foto-foto daripada JPW sekitar majlis tersebut berlangsung.

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2009

0 comments:

Post a Comment