Friday, July 2, 2010

Klinik & Demonstrasi KickStart di Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau – 22 Mac 2010


Pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau telah didedahkan dengan pengetahuan keselamatan diri oleh KickStart Academy pada 22 Mac 2010 yang lalu.


Para pelajar diajar tentang bagaimana menangani ancaman serta menyelamatkan diri. Seramai 5 orang ‘KickStart Trainers’ yang hadir ke program tersebut bersama Master Saiful. Sesi ceramah yang dikendalikan oleh Master Saiful selama 2 jam itu telah membuka minda anak-anak yang hadir.

Para pelajar yang hadir begitu teruja dengan demonstrasi yang ditunjukkan oleh para jurulatih seperti demonstrasi menyelamatkan diri dari serangan ragut, rogol, buli, dan culik berdasarkan keadaan realiti.

Para pelajar juga telah diajar dengan beberapa teknik dan taktik yang berkesan untuk berhadapan dengan ancaman penjenayah.


Teknik seperti mencubit, menggigit, memijak kaki, meronta, mencakar dan mencengkam menggunakan kuku, serta menarik rambut adalah teknik dan taktik paling mudah yang diajar kepada para pelajar.

Para pelajar juga diajar mengenai “Right & Wrong Touch” iaitu sentuhan-sentuhan yang boleh atau salah yang dilakukan oleh orang lain kepada kita.


Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan pengetahuan bagaimana meminta tolong dan menarik perhatian orang ramai semasa berhadapan dengan ancaman.


Seperti yang kita tahu, perkataan “Tolong! Tolong!” adalah yang sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk meminta bantuan.


Tetapi, ‘KickStart Academy’ mempunyai taktik yang lebih berkesan dengan menggunakan perkataan “Api! Api!” atau “Polis! Polis!” sebagai cara untuk menarik perhatian orang ramai.



Selepas 2 jam kanak-kanak ini diberi pendedahan mengenai keselamatan diri, mereka mampu mengaplikasikan teknik dan taktik yang diajar kepada mereka.

Alhamdulillah, sekali lagi misi KickStart Academy untuk membuka minda masyarakat berjaya!


Terima Kasih Warga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau kerana kerjasama yang anda tunjukkan bersama KickStart Academy!

Thursday, July 1, 2010

Demo & Klinik KickStart di Gempak Astro Rockabola Batu Pahat - "Keselamatan Kanak-Kanak" UPDATE

Thank you to the event organizers for inviting us! We showed Kids Personal Safety Demo of 5 possible scenarios

SCENE 1: SNATCH ATTEMPT WITH LITTLE BROTHER ALONG



SCENE 2: CHILD KIDNAPPING ATTEMPT

SCENE 3: BULLY




SCENE 4: MUGGING ATTEMPT


SCENE 5: RAPE ATTEMPT




SCENE 6: GROUP BULLY


Good job team!! We had fun and hope those who watched our demo picked up a thing or two.
Kids, be safe always!!

Thursday, June 24, 2010

Demo & Klinik KickStart di Gempak Astro Rockabola Batu Pahat - "Keselamatan Kanak-Kanak" Mari Datang Ramai-Ramai!



 Demo & Klinik KickStart 'keselamatan kanak-kanak' akan diadakan di Dataran Penggaram Batu Pahat, Johor pada 26 Jun 2010 (Sabtu) jam 2ptg & 4ptg sempena program Gempak Astro. Program ini mendapat kerjasama AETN & ASTRO. 5 senario ancaman jenayah akan dipersembahkan oleh team KickStart. Jom datang ramai-ramai tengok.


Wednesday, June 23, 2010

Join us at our Facebook!

Join us at our Facebook - KickStart Academy to keep up with our latest info, programmes, events, photos and videos!

Be our fan on our Facebook and get personal safety tips from us everyday!


KickStart Academy on Facebook!

Friday, June 18, 2010

Demonstrasi & Klinik Pertahanan Diri di Mall Tropicana City, 4hb. April 2010


Akademi KickStart telah mengendalikan Demonstrasi & Klinik Selamatkan Diri di Mall Tropicana City pada 4hb. April 2010. Klinik ini juga disertai oleh Pasukan Seni Mempertahankan Diri dari Crush Mixed Martial Arts yang terdiri dari Aikido, Jeet Kune Do & Copoeira.


Slot demo & klinik KickStart telah diberi liputan oleh TV9. Klinik pertahanan diri yang dikendalikan Team KickStart telah berjaya mendedahkan cara-cara mudah 'common sense' menyelamatkan diri. Beberapa siri demo 'survival self defense' berkenaan kes jenayah jalanan dan keganasan seperti cubaan culik kanak-kanak, keganasan rumahtangga, cubaan cabul & rogol, ragut, serangan berkumpulan dan dendam dipersembahkan kepada pengunjung mall.





En. Azreein selaku Pengurus Akademi KickStart telah bertindak sebagai moderator klinik. Pihak Akademi mengucapkan ribuan terima kasih & setinggi penghargaan kepada Mall Tropicana City, Crush Mixed Martial Arts, TV9 dan semua krew KickStart yang menjayakan klinik ini. TAHNIAH!

Thursday, June 17, 2010

JPW WP Kuala Lumpur & Putrajaya - BENGKEL KESELAMATAN & PERTAHANAN DIRI ‘WHY ME?? KENAPA SAYA!! MANGSA…’

Jabatan Pembangunan Wanita W.P Kuala Lumpur & Putrajaya telah menganjurkan bengkel keselamatan & pertahanan diri dari jam 8.30 pagi hingga jam 5 petang pada 27hb. Mac 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Akademi KickStart telah mengendalikan bengkel ini yang menggunakan modul 'Why Me?? Kenapa Saya!! Mangsa.....'. Ia telah dihadiri oleh 
100 peserta wanita.


Modul ini berjaya membuka minda peserta di dalam isu keselamatan diri bila peserta diberi peluang terlibat secara 'role play' dengan bertindak bijak berhadapan ancaman keganasan, kekerasan & jenayah. Majoriti peserta memahami isu keselamatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri bukannya bergantung kepada pihak lain. Bengkel ini telah berjaya mendidik peserta cara mudah menyelamatkan diri 'survival' dengan lebih menyeluruh & berkesan. Buletin TV3 telah hadir membuat liputan semasa bengkel ini berlangsung & telah disiarkan pada slot Buletin Utama malam tersebut. TAHNIAH JPW W.P KL & Putrajaya.

Wednesday, June 16, 2010

Kem Kanak-kanak & Remaja Jun 2010 - Keselamatan & Pertahanan Diri di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat



Program ini telah diadakan pada 8-10 Jun 2010 di Resort Nur Lembah Pangsun Hulu Langat. Seramai 42 orang kanak-kanak sekolah rendah (23 orang) dan menengah (19 orang) menyertai kem ini. Program ini telah dikendalikan oleh 15 orang pembantu trainer yang diketuai oleh Perunding Keselamatan dan Pertahanan diri kami, iaitu Master Saiful Hamiruzzaman.

Kem ini telah berjaya mencapai matlamatnya apabila majoriti anak-anak yang terlibat dapat memahami konsep yang ditekankan iaitu kesedaran (awareness), pencegahan(psikologi), mengelak (avoidance) dan fizikal (protokol) semasa sesi berlangsung. Anak-anak yang hadir juga berjaya melalui survival drill dan sesi under attack yang dijalankan terhadap mereka. Walaupun sesi ini telah membuatkan peserta berasa takut dan gerun, tetapi selepas melaluinya, mereka ingin mencuba lagi!!! SYABAS!!!

Ibu bapa serta ahli keluarga juga turut hadir menyaksikan sesi survival drill dan under attack 'Run For Your Life' yang berjaya dilalui oleh anak-anak. Mereka tidak menyangkakan yang anak-anak berjaya melakukannya dengan berkesan dan selamat. Mereka gembira dan berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para peserta.

Anak-anak juga seronok apabila segmen latihan dan survival drill yang mereka hadapi dibuat liputan oleh Rancangan ADIK TV9. Ia akan ditayangkan pada bulan Julai 2010.

Pada kem kali ini, peserta terbaik dimenangi oleh Adik Haniff Zamiran dari Kumpulan Nusantara Wonder Pet (kategori remaja lelaki), Adik Sofea dari Kumpulan Pendekar Hagemaru (kategori remaja perempuan), Adik Farhan dari Kumpulan Nusantara Wonder Pet (kategori kanak-kanak lelaki) dan Adik Arina Arfa dari Kumpulan Streetwise BEN 10 (kategori kanak-kanak perempuan).




Kumpulan terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Survivor Upin & Ipin yang telah mempersembahkan kes wira cilik selamatkan ibu dan berhadapan penjenayah ragut. Kumpulan ini telah dikendalikan oleh Syarifsyah Fathurrahman sebagai trainer dan dibantu oleh Azmay. Walaupun Kumpulan Green Hornet Naruto dan KickStart Transformer tidak mendapat sebarang anugerah, namun mereka tetap hebat.



Akademi KickStart merancang untuk mengadakan kem seperti ini lagi pada cuti sekolah yang akan datang, November/Disember 2010. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kem ini terutamanya anak-anak, ahli keluarga, Pengerusi, AJK serta ahli Surau Bayu Tasek Kondo 1, En. Raflly Nann, Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dan penerbit serta krew Rancangan ADIK TV9. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada semua pembantu trainer yang terlibat serta pihak pengurusan Akademi dan The Green Hornet yang turut hadir memberi sokongan. SYABAS sekali lagi. WE CAN DO IT!!!