Wednesday, June 16, 2010

Kem Kanak-kanak & Remaja Jun 2010 - Keselamatan & Pertahanan Diri di Nur Lembah Pangsun Hulu Langat



Program ini telah diadakan pada 8-10 Jun 2010 di Resort Nur Lembah Pangsun Hulu Langat. Seramai 42 orang kanak-kanak sekolah rendah (23 orang) dan menengah (19 orang) menyertai kem ini. Program ini telah dikendalikan oleh 15 orang pembantu trainer yang diketuai oleh Perunding Keselamatan dan Pertahanan diri kami, iaitu Master Saiful Hamiruzzaman.

Kem ini telah berjaya mencapai matlamatnya apabila majoriti anak-anak yang terlibat dapat memahami konsep yang ditekankan iaitu kesedaran (awareness), pencegahan(psikologi), mengelak (avoidance) dan fizikal (protokol) semasa sesi berlangsung. Anak-anak yang hadir juga berjaya melalui survival drill dan sesi under attack yang dijalankan terhadap mereka. Walaupun sesi ini telah membuatkan peserta berasa takut dan gerun, tetapi selepas melaluinya, mereka ingin mencuba lagi!!! SYABAS!!!

Ibu bapa serta ahli keluarga juga turut hadir menyaksikan sesi survival drill dan under attack 'Run For Your Life' yang berjaya dilalui oleh anak-anak. Mereka tidak menyangkakan yang anak-anak berjaya melakukannya dengan berkesan dan selamat. Mereka gembira dan berpuashati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para peserta.

Anak-anak juga seronok apabila segmen latihan dan survival drill yang mereka hadapi dibuat liputan oleh Rancangan ADIK TV9. Ia akan ditayangkan pada bulan Julai 2010.

Pada kem kali ini, peserta terbaik dimenangi oleh Adik Haniff Zamiran dari Kumpulan Nusantara Wonder Pet (kategori remaja lelaki), Adik Sofea dari Kumpulan Pendekar Hagemaru (kategori remaja perempuan), Adik Farhan dari Kumpulan Nusantara Wonder Pet (kategori kanak-kanak lelaki) dan Adik Arina Arfa dari Kumpulan Streetwise BEN 10 (kategori kanak-kanak perempuan).




Kumpulan terbaik telah dimenangi oleh Kumpulan Survivor Upin & Ipin yang telah mempersembahkan kes wira cilik selamatkan ibu dan berhadapan penjenayah ragut. Kumpulan ini telah dikendalikan oleh Syarifsyah Fathurrahman sebagai trainer dan dibantu oleh Azmay. Walaupun Kumpulan Green Hornet Naruto dan KickStart Transformer tidak mendapat sebarang anugerah, namun mereka tetap hebat.



Akademi KickStart merancang untuk mengadakan kem seperti ini lagi pada cuti sekolah yang akan datang, November/Disember 2010. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kem ini terutamanya anak-anak, ahli keluarga, Pengerusi, AJK serta ahli Surau Bayu Tasek Kondo 1, En. Raflly Nann, Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dan penerbit serta krew Rancangan ADIK TV9. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada semua pembantu trainer yang terlibat serta pihak pengurusan Akademi dan The Green Hornet yang turut hadir memberi sokongan. SYABAS sekali lagi. WE CAN DO IT!!!

0 comments:

Post a Comment